Jasad Tidak Sempurna Ditemui Angkara Reptilia Ganas
KINABATANGAN : Mayat seorang lelaki warga asing yang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di sungai berhampiran Ladang Limddale, Paris 2 di sini ditemui petang tadi dalam keadaan tidak sempurna. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata, mayat Roberto Martinus, 48, ditemui kira-kira pukul 5.45 petang oleh pasukan penyelamat. Menurut kenyataan itu, mayat mangsa telah dijumpai ketika berada di dalam mulut buaya dan seterusnya pihak polis telah melakukan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa. Katanya, keadaan mangsa ditemui tidak sempurna iaitu hanya kaki sebelah kiri saja. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 6.15 petang. Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.39 pagi Rabu...