UMNO Kinabatangan Sama Sekali tidak Terkesan!!!
UMNO Kinabatangan Sama Sekali tidak terjejas dengan pengunduran diri tiga orang ahli UMNO yang menyertai Parti Gagasan Rakyat kemarin. Melalui perkongsian Tiktok Lamag Info yang menyatakan "3 Ahli Kuat UMNO Kinabatangan Keluar Parti" itu adalah ayat yang melebih-lebih dan tidak akan mengganggu gugat kedudukan UMNO Kinabatangan sama Sekali. Menerusi Ketua Pemuda UMNO P.187 Kinabatangan, En Kurniawan Naim Bin Moktar apabila dihubungi, Perkara ini telah lama dijangka dan langsung tidak mengesankan Kesiap siagaan untuk menghadapi PRN akan Datang. "Pengeluaran yang diwar-warkan sudah dijangka lebih awal, kononnya mereka mahu berehat berpolitik namun ada udang disebalik batu." "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Parti ini bukanlah hak milik individu, pemimpin sering berganti sama ada di peringkat tertinggi mahupun di kampung. Tiada individu yang lebih tinggi daripada parti." "Saya ucapkan selamat maju jaya khusus kepada mereka yang pernah ...