Catatan

LELAKI MAUT DIBAHAM BUAYA DITEMUI

Imej
KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti memukat ikan pada Rabu ditemukan mati akibat dibaham buaya semalam di kawasan Sungai dekat Ladang Tong Hup Kinabatangan. Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, pihak mereka menemui mayat mangsa kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam. Pada Rabu, bilik kawalan Balai Bomba Kinabatangan menerima laporan seorang lelaki telah hilang semasa menjalankan aktiviti memukat ikan di sungai dikhuatiri dibaham buaya.

UMNO Kinabatangan Sama Sekali tidak Terkesan!!!

Imej
UMNO Kinabatangan Sama Sekali tidak terjejas dengan pengunduran diri tiga orang ahli UMNO yang menyertai Parti Gagasan Rakyat kemarin. Melalui perkongsian Tiktok Lamag Info yang menyatakan "3 Ahli Kuat UMNO Kinabatangan Keluar Parti" itu adalah ayat yang melebih-lebih dan tidak akan mengganggu gugat kedudukan UMNO Kinabatangan sama Sekali. Menerusi Ketua Pemuda UMNO P.187 Kinabatangan, En Kurniawan Naim Bin Moktar apabila dihubungi, Perkara ini telah lama dijangka dan langsung tidak mengesankan Kesiap siagaan untuk menghadapi PRN akan Datang. "Pengeluaran yang diwar-warkan sudah dijangka lebih awal, kononnya mereka mahu berehat berpolitik namun ada udang disebalik batu." "Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Parti ini bukanlah hak milik individu, pemimpin sering berganti sama ada di peringkat tertinggi mahupun di kampung. Tiada individu yang lebih tinggi daripada parti." "Saya ucapkan selamat maju jaya khusus kepada mereka yang pernah ...

Jasad Tidak Sempurna Ditemui Angkara Reptilia Ganas

Imej
KINABATANGAN : Mayat seorang lelaki warga asing yang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di sungai berhampiran Ladang Limddale, Paris 2 di sini ditemui petang tadi dalam keadaan tidak sempurna. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata, mayat Roberto Martinus, 48, ditemui kira-kira pukul 5.45 petang oleh pasukan penyelamat. Menurut kenyataan itu, mayat mangsa telah dijumpai ketika berada di dalam mulut buaya dan seterusnya pihak polis telah melakukan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.  Katanya, keadaan mangsa ditemui tidak sempurna iaitu hanya kaki sebelah kiri saja. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 6.15 petang. Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.39 pagi Rabu...

"Tidak Kekok bersama Kumpulan Lain" Zulhaby yakin bersama S.O.P Band.

Imej
  Zulhaby atau lebih dikenali sebagai Abing Tidak 'kekok' bersama kumpulan yang cukup terkenal di sekitar Daerah Kinabatangan, S.O.P Band Untuk Sambutan Malam Ambang Tahun Baru.    Ini kerana beliau rasa bersemangat dengan kumpulan tersebut yang Diketuai Oleh Abang Kamal, Archel, Kamil, Eytin sangat memberikan sokongan dan dorongan sepanjang mereka latihan bersama. Abing Yang Dulunya merupakan Basist Kumpulan 'Albab Band' Yang popular dengan lagu ,Cinta Sebatang Lilin dan Lamunan silam kini cuba mengisi kekosongan di dalam kumpulan S.O.P Band menggantikan (Sahari @ Tatu) Sebagai Basist utama Kumpulan Tersebut.   S.O.P Band akan membuat persembahan pada malam Ambang Tahun Baru 2023/2024 yang bertempat di Dataran Bukit Garam Pada 30 & 31 Disember 2023. Turut memeriahkan acara nanti adalah seperti  Ameza, Syukri, Sariwani, Kasmir, Rani, Ramly, Ali, Suzana dan artis utama akan hadir bersama membuat persembahan adalah Salmah Mentor Dan Azr...

Budiman FT Meraih Gelaran JOHAN !

Imej
 Budiman FT meraih Gelaran Johan Di Kejohanan FUTSAL Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Kinabatangan setelah mengalahkan Pasukan Yang Lain Dalam Kejohanan Tersebut. "Pasukan BUDIMAN FT Setelah selesai penyampaian hadiah" Kejohanan Futsal Ini Berlangsung Di Gelanggang Futsal MTR Kg Warisan Bukit Garam Kinabatangan dan seramai 24 pasukan telah mendaftarkan diri untuk kejohanan ini. Sambutan Yang Sangat meriah dari belia sekitar kinabatangan , Sandakan Dan Beluran. Naib Johan Pula disandang Oleh Pasukan 'SKANDAL FT' Manakala tempat Ketiga Disandang Oleh Pasukan 'Gegar FT' Masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai dan hamper.

MAYAT SEORANG LELAKI DITEMUI DI DI BELAKANG PASAR LAHAD DATU

Imej
 Polis mengesahkan penemuan seorang mayat lelaki tempatan di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu diklasfikasikan adalah mati mengejut. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Shamsul Nanring, 62, beralamat di Kg Batu Satu Lahad Datu berdasarkan kepada Kad Pengenalan serta Lesen memandu ditemui di tempat kejadian. Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur perlakuan jenayah ditemui di tempat kejadian termasuk pada tubuh badan mangsa. “Mangsa dipercayai tergelincir serta terjatuh di kawasan berbatu menyebabkannya terjatuh diatas permukaan yang licin di belakang Pasar Rakyat. “Sebaik menerima maklumat daripada orang ramai melalui MERS 999 kita-kira jam 2.30 petang, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah diketuai ASP Dahyan Kep bergegas ke tempat kejadian. “Polis mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap di atas batu di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu keny...

UPPM LAMAG MELAWAT KELUARGA NORSILA SAYONG

Imej
 Seawal jam 9 pagi hari ini, pihak UPPM N.58 LAMAG Menziarahi pihak keluarga Norsila Sayong Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Buaya Di Tanjung Bulat Sinar Jaya Pada 30 OGOS Lalu.  Jelas kelihatan di wajah ahli keluarga mangsa rasa duka yang amat mendalam dan mereka Redha Atas Pemergian Norsila. Rombongan UPPM N.58 LAMAG yang diketuai Oleh Tuan Abu Bakar Bin Gapar Sempat Memberikan Kata-Kata Semangat Serta bersama-sama dengan Pihak UPPM yg hadir membuat Bacaan Doa Khusus Untuk Arwah. Pihak UPPM LAMAG sempat juga menyampaikan Bantuan Ehsan Berbentuk Wang Tunai Daripada YB Dato Sri Panglima Dr Bung Moktar Bin Hj Radin (ADUN N.58 LAMAG) dan berharap sumbangan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga mangsa. Ketika ditemui, PPM N.58 LAMAG, Tn Abu Bakar Gapar Berkata, "Insiden Reptilia Ganas Yang Meragut Nyawa Orang Kampung Perlu Segera dibendung dan Dibentras bagi mengurangkan kejadian seperti ini tidak berulang lg." "Dalam mesyuarat Keselamatan Daerah Yang La...