UPPM LAMAG MELAWAT KELUARGA NORSILA SAYONG
Seawal jam 9 pagi hari ini, pihak UPPM N.58 LAMAG Menziarahi pihak keluarga Norsila Sayong Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Buaya Di Tanjung Bulat Sinar Jaya Pada 30 OGOS Lalu.
Jelas kelihatan di wajah ahli keluarga mangsa rasa duka yang amat mendalam dan mereka Redha Atas Pemergian Norsila.
Rombongan UPPM N.58 LAMAG yang diketuai Oleh Tuan Abu Bakar Bin Gapar Sempat Memberikan Kata-Kata Semangat Serta bersama-sama dengan Pihak UPPM yg hadir membuat Bacaan Doa Khusus Untuk Arwah.
Pihak UPPM LAMAG sempat juga menyampaikan Bantuan Ehsan Berbentuk Wang Tunai Daripada YB Dato Sri Panglima Dr Bung Moktar Bin Hj Radin (ADUN N.58 LAMAG) dan berharap sumbangan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga mangsa.Ketika ditemui, PPM N.58 LAMAG, Tn Abu Bakar Gapar Berkata, "Insiden Reptilia Ganas Yang Meragut Nyawa Orang Kampung Perlu Segera dibendung dan Dibentras bagi mengurangkan kejadian seperti ini tidak berulang lg."
"Dalam mesyuarat Keselamatan Daerah Yang Lalu JHL sudah memaklumkan penduduk kampung boleh memohon permit dan lesen untuk memburu dan menjual hasil buruan"
" Saya juga telah berbincang dengan Pihak Hidupan liar untuk mengawal binatang itu dari terus membiak dan mengancam penduduk. Saya Nasihatkan penduduk atau nelayan kampung perlu lebih berhati-hati apabila berada di tepi sungai."
"Perkara jni jadi keutamaan dalam menyuarat Keselamatan Daerah Kinabatangan. Dan untuk makluman umum, YB Dato Sri Panglima Dr Bung Moktar Bin Hj Radin (ADUN N 58 LAMAG) Telah dia maklum dan telahpun merespon melalui sidang media dan turut dikongsikan dalam Facebook beliau. Beliau Juga Menzahirkan Rasa Simpati kepada ahli keluarga mangsa"
Program Ziarah UPPM N.58 LAMAG ini diketuai oleh Tn Abu Bakar Bin Gapar (PPM LAMAG) , Tn Shopian Bin Nasir (Penyelia Kemajuan Masyarakat) , Pn Zalinah Zalmi Wong (Pemaju Mukim Bukit Garam) , En Jainol Abidin Bin Ahmad (Pemaju Mukim Kota Kinabatangan) , En Fazli Bin Kubin ( Pengurusi JPKK KG TANJUNG BULAT) & Pn Marumi Binti Marais ( PENGURUSI JPKK KG SINAR JAYA)



Ulasan
Catat Ulasan