SABAH FC TIDAK PERNAH MENGALAH
Kemenangan SABAH FC menentang MELAKA UNITED FC dalam liga Super Di Stadium Likas Semalam menunjukkan Pasukan Sabah Tidak Pernah Mengalah Sehingga Minit Terakhir Perlawanan. Walaupun pada awalnya, Sabah Ketinggalan Jaringan pada minit awal, Namun Pasukan Sabah FC bangkit menyamakan kedudukan dan seterusnya mendapatkan gol kemenangan 2-1 ke atas Melaka pada minit akhir perlawanan. "Tiada strategi yang agak susah dilakukan pemain tapi bagi saya pemain menunjukkan kesungguhan sekali lagi apabila kita ketinggalan dan ini adalah kali ketiga kita kembali (menang)." "Namun kita harus memperkemaskan lagi permainan terutama tidak ketinggalan tetapi sikap positif, sikap tidak mengalah pemain harus diberi pujian." "Sama ada yang bermain dari mula atau sesiapa yang menggantikan terutama Amri Yahyah, Irfan Fazail, Farhan Roslan dan Hanafie Tokyo, mereka memberi persembahan cukup baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi." Sementara itu, belia...