SABAH FC TIDAK PERNAH MENGALAH
Walaupun pada awalnya, Sabah Ketinggalan Jaringan pada minit awal, Namun Pasukan Sabah FC bangkit menyamakan kedudukan dan seterusnya mendapatkan gol kemenangan 2-1 ke atas Melaka pada minit akhir perlawanan.
"Tiada strategi yang agak susah dilakukan pemain tapi bagi saya pemain menunjukkan kesungguhan sekali lagi apabila kita ketinggalan dan ini adalah kali ketiga kita kembali (menang)."
"Namun kita harus memperkemaskan lagi permainan terutama tidak ketinggalan tetapi sikap positif, sikap tidak mengalah pemain harus diberi pujian."
"Sama ada yang bermain dari mula atau sesiapa yang menggantikan terutama Amri Yahyah, Irfan Fazail, Farhan Roslan dan Hanafie Tokyo, mereka memberi persembahan cukup baik," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi."
Sementara itu, beliau menafikan pemain Sabah FC kurang 'fit' berikutan gagal mendahului jaringan, sebaliknya Kim Swee berkata keadaan padang yang becak selain faktor kepenatan banyak mempengaruhi permainan anak buahnya malam tadi.

Ulasan
Catat Ulasan