KERJA-KERJA PROJEK PAN BORNEO BERJALAN LANCAR


Kemajuan kerja-kerja pembaikan kecemasan yang telah di mulakan oleh pihak kontraktor bermula dari bulan Julai 2022 Kian Aktif dan berjalan lancar. 


Kerja- Kerja pembaikan fizikal ini di lakukan secara berkala dan pihak kerajaan beri keutamaan di sekitar jajaran Telupid. Berdasarkan situasi terkini, kerja-kerja pembaikan jalan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan ogos, bergantung kepada keadaan cuaca semasa. 


Langkah ini di ambil oleh Kerajaan Persekutuan di mana pasukan petugas khas jalan Telupid – Sandakan telah di tubuhkan sebagai penyelesaian bagi mengatasi kesulitan pengguna jalan raya di jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Jajaran Pakej yang terlibat adalah :


• Pakej Kerja 28 – Menaiktaraf Jalan dari Sandakan Mile 32 ke Moynod

• Pakej Kerja 29 – Menaiktaraf Jalan dari Monyod ke Sapi Nangoh

• Pakej Kerja 30 – Menaiktaraf Jalan dari Sapi Nangoh ke Sungai Baoto




Pengguna jalan raya di nasihatkan agar mematuhi peraturan jalan raya seperti pematuhan kepada had laju dan had muatan kenderaan demi keselamatan dan keselesaan bersama pengguna jalan raya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jasad Tidak Sempurna Ditemui Angkara Reptilia Ganas

LELAKI MAUT DIBAHAM BUAYA DITEMUI

UMNO Kinabatangan Sama Sekali tidak Terkesan!!!