MAYAT SEORANG LELAKI DITEMUI DI DI BELAKANG PASAR LAHAD DATU
Polis mengesahkan penemuan seorang mayat lelaki tempatan di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu diklasfikasikan adalah mati mengejut. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Shamsul Nanring, 62, beralamat di Kg Batu Satu Lahad Datu berdasarkan kepada Kad Pengenalan serta Lesen memandu ditemui di tempat kejadian. Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur perlakuan jenayah ditemui di tempat kejadian termasuk pada tubuh badan mangsa. “Mangsa dipercayai tergelincir serta terjatuh di kawasan berbatu menyebabkannya terjatuh diatas permukaan yang licin di belakang Pasar Rakyat. “Sebaik menerima maklumat daripada orang ramai melalui MERS 999 kita-kira jam 2.30 petang, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah diketuai ASP Dahyan Kep bergegas ke tempat kejadian. “Polis mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap di atas batu di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu keny...